Thursday, 17 November 2016

it is near...




ASSALAMUALAIKUM

alhamdulillah 

harini da ramai kawan-kawan sebatch dgn saya da dapat email yang menunjukkan bahawa mereka akan memulakan housemanship pada bulan 12 ini. bukan saya tau. diorang. hikhikhik

saya ni sebenarnya dalam dua
saya ade baby umur 7 bulan/ ya Allah sayangnya nak tinggal padahal dapat tawaran jadi english teacher kat sekolah integrasi kat tepi rumah ni 

saya macam teragak2 je.. banyak kot kes baby teratuh la, kena pukul dgn pengasuh and i have a quite 'bertuah' 3 years old boy...-_-

saya pun sebagai mak dia ni kadang-kadang saya tak sabar dgn anak sendiri.  u know what, u kemas rumah pastu within 5 min ur house turn to be like a crazy man house. everything upside down...hewww..

but alhamdulillah. i love my kids. i love them. i hope they will be good muslim men one day. hurm

insyaallah I pun akan continue my journey to be a good doctor

know what, kan I jual produk2 sendayu tinggi and the customers they like what i suggest for them

diorang tanya pasal cyst, leucorrhea and women thingy kan

ya Allah
 i love it
i love to answer
i love to spend my time
i can open back my books grr... *)

kadang i skip my breakfast just to reply them back

lovely :)

i think my passion is gynaecologist

what do you think?
hehe





#sendayutinggi
#nurraysabeauty
#yourpersonalhealthadviser



Thursday, 13 October 2016

Abdul Allah Umur 6 Bulan



ASSALAMUALAIKUM DUNIA


Abdul Allah da masuk enam bulan

da pandai merangkak. waaahhh..pelik saya..cepat dari abangnya. Abdul Al-Rahman merangkak pada umur 8 bulan. Abdul Allah memang fully breastfeed. AR laks formula + bf sebab masa tu pump belum famous dan susah nak cari yang murah. tapiiii gigi AR cepat tumbuh maybe sebab I consume calcium pill secara konsisten masa mengandungkan dia dan juga kalsium dari susu formula hehe. bagus juga AB takde gigi. tak payah berus gigi lagi. senang kerja mommy hehe

bercakap tentang bisnes, I still merangkak.

tapi baju I akan release oct ni paling awal. yeay I design sendiri akhirnya!!
pening jugak design sendiri sebab kena tahu tentang material fabrik tu sendiri. berat ke flowy ke camne. pastu kain camni boleh untuk jenis pakaian ape. blouse ke baju kurung ke

ahaa tu tak masuk warna lagi.. dusty blue, dusty pink, creamy chocolate...sedap bunyinyee macam aiskrim je. psiko customer haha

try juga niaga offline edar pamplet tapi da seminggu rasanya takde lagi yang call untuk produk Nurraysa Beauty :(

takpe. bisnes ni hati mau cekal.

insyaallah Allah da tetapkan rezeki setiap hambanya.

Jom jadi dropship kak Mai. tak perlu modal. tak perlu pegang stok. meh whatsapp k.mai ok?

kita jana pendapatan sama-sama wlpn rm5.00 lama-lama jadi bukit

percaya tak? I buat dropship da boleh beli simple table office, stove, electronic scale etc...kadang2 belanja diri sendiri jugak hehe...

jom layan video ni. abdul Allah nak tidur tapi dia tak tau camne nak tidur without crying

read: baby problem

geram tengok dia ni. pipi labuh. (7.7kg on 10/10/2016)


#nurraysabeauty #sendayutinggi instagram: sarramood_shop

Monday, 5 September 2016

Step Into Reading




Melatih anak untuk membaca

Hari ni selepas saya muat turun semua gambar-gambar stok yang ada (Sendayu Tinggi- saya Agen ST), saya google pula untuk survey2 sikit2 bahan-bahan belajar untuk Abd Al-Rahman

Sekarang ni I notice that he want to speak but he does not know what he want to say in a proper sentence (btw it is normal coz I nampak anak kawan2 I pun lebih kurang je, cuma kita nak bagi dia cepat bercakap dengan betul)

Silap kami jugak kot cakap Bahasa Inggeris pastu campur2.. kat Malaysia ni keluarga sebelah saya cakap Melayu, okey not so Melayu but Kelatey sebelah husband cakap Arab. pening anak -_-

so sekarang ni kena bagi dia tengok kartun yang bercakap seperti Dalmations, Tayo, Upin Ipin (English Version)

bukan kartun yang tak bercakap seperti Tom n Jerry, Oscar Dessert and Mr Bean okayy (Mr.Bean is my fav cartoon anyway :X
unfortunately for now he likes Oscar a lot..yesterday he watched more than two times on the same day continuously plus same episodes @_@

okey tanpa membuang masa, ni buku-buku yang boleh dibeli melalui internet

http://www.stepintoreading.com/book-finder/step/1/interestsList/Animals

ada sesetengah buku yang dijual di Google Play :)


seperti ini Apple Picking Day



In summary, here are some practical suggestions you can implement every day. Obviously, you can’t implement all of these suggestions with children of all ages, so use your judgement about what is best for your child.

-Read to your child every day!
-Ask your child questions before, during, and after reading.
-Let your child see you reading. (jadi model untuk anak-anak, kena rajinkan diri baca buku guna suara depan anak?)
-Look for letters while out and about and in the environment around you.
-When teaching letters and letter sounds, incorporate as many senses as possible.
-Read a variety of books and make a game out of guessing the genre.
-Have fun rhyming!
-Work on letter sounds and manipulating them within words (phonemic awareness)
-Encourage your child to sound out short words (consonant, vowel, consonant).
-Practice memorizing a few sight words each day.

-Most of all, have fun together!



sorang suka baring atas simen sebab sejuk, sorang lagi tengah2 praktis nak merangkak .. these precious kiddos make me in havoc everyday. #_# . sikit la (Sept 2016)

Eidul Fitr July 2016 (Masjid Besi, Putrajaya)



Thursday, 2 June 2016

Surirumah


The Boring Housewife



memang boring sebenarnya jadi suri rumah ni sebab repetitive works

kerja yang berulang
(TAPI BANYAK PAHALANYA ALHAMDULILLAH) '


pagi buat sarapan

mandikan anak-anak
masak tengah hari
kemas rumah
basuh baju
lipat baju
tidur

part last tu paling 'best' :P


sebab tu la kena selalu jugak keluar dari 'gua' ni


food hunter - mall hunter- window shopping- event hunter- sales hunter?


boleh join usrah tapi selalunya tak terjadi usrah tu.. sebab mak-mak pun sibuk dengan urusan anak masing2..usrah online boleh tapi tak praktikal sangat..still thinking n thinking~


kalau baca website, baca tentang bagaimana nak bagi sayur tahan lama berminggu-minggu dalam peti?

baca tentang 'homeschool??

suami tak nak makan nasi goreng usa, cari resepi lain..nasi goreng cina laks tapi rasanya sedap USA lagi ..nama pun USA kan hoho..dua-dua kuasa veto..USA tengah bising2 kan Parti Republikan Donal Trump menang dalam partinye... selalunya perang ni dicetuskan oleh presiden US yang mewakili Parti Republikan macam BUsh.. Obama parti lain..sebab tu dia pkir panjang sebelum buat perang..kutip abes askar US dari Iraq bagai..hurmm nasib baik en suami suka cakap tentang benda alah ni akak ni da main dengan anak2 ni takde masa dah nak baca New York Time bagaiii..waktu muda-muda takde anak dulu baca la..busy tapi boring~


sekarang ni tumpu kat bisnes..selalu tengok phone update stok..kesian lak si AR main sorang-sorang


geram nak gi antar Brainy Bunch Islamic Montessori or Baghdadi tapi apakan daya sekolah preschool kat sini mahal sangat pendaftarannya RM1k at least kena ada dalam tangan..dulu hantar Hadhonah Al-Furqan (Preschool) kat Mesir daftar dalam RM300 lebih je..so kena cari bahan mengajar jugakla kat rumah ni..buat ape2..mandi kat pool ke..bagi dia tak boring dan sentiasa belajar walaupun baru dua thn stgh..well the children are the first investment , our top priority isn't it?


pastu housewife ni sangat alert dengan segala SALE. sebab untuk suami jugak. jimatkan duit kan..*cuma perlu set dalam minda beli ape yang perlu shj** yang terdekat ialah jualan murah dekat Wisma Minlon Seri Kembangan tapi akak berkira-kira jugak nak pergi ke tak nak pergi sebab 30 minit dari rumah + petrol.. nak beli meja ingatnya..langsir ke ehehe ala nak raya kan haa.. ^_^


berkira kan akak ni sampai petrol pun kira..haah..iye..adoyai...no joke life in city is very expensive..pergi ikea pun tol RM10++.. patutla akak perhatikan jutawan2 Malaysia ni diorang mulakan hidup bukan di bandar..contoh Fellina di Baling, Kedah..Safiey Ilias kat Pahang kem ape entah namanya..so nak bagi jugak cadangan kat hubby jom kita gi duduk kat Tanah Merah Kelate? I apply HO kt Hosp Tanah Merah  nak  ke tak nak..hewheww..

ataupun Hospital yg dekat dengan pantai seperti Hospital manjung dan Hospital Permaisuri Nur Zahirah Terengganu??

hhehe dreaming....



entahla..kesimpulannya boring..tapi itulerr..hurm...nah share dengan u olls;


http://brendid.com/how-to-store-fresh-cilantro/


http://www.amodernhomestead.com/


http://theglamoroushousewife.com/2016/02/i-didnt-know-that-5-housewife-tips/


http://www.ehow.com/info_11404537_good-home-businesses-housewives.html




lastly, boleh tengok instagram akak dan follow ye hehe tq :)
sekarang kita ade buat promosi Nurraysa sampai Julai..haa bolehla cantik2 dengan Nurraysa..
Promo jugak kepada siapa2 yang teringin nak mencuba Cocoa Collagen Shake by Sendayu Tinggi akak ade ready stock.. beli Salmon Placenta Powder 2 pek akak bagi free gift brg ST jugak :)

https://www.instagram.com/sarramood_shop/


surirumah juga boleh try segala resepi ini: lol





p/s: ini adalah tahun ke-2 akak jadi surirumah. first time masa kat Jordan sambil2 buat Islamic Degree.. ada lagi 4-5 sem lagi islamic Degree ni..bila la I boleh sambung agak2nya..hurmm

Saturday, 21 May 2016

'No, Cannot,'





Semalam seperti biasa apabila ayah balik dari masjid, saya pun nak minum coklat panas dan duduk berbual-bual (read 'me time')

nak duduk kat sofa tepi dinding tak boleh, nak duduk sofa tepi Masturina tak boleh, tepi ayah pun tak boleh.. Abd Al-Rahman marah sambil cekak pinggang..mulut murai cakap cannot cannot..
dah kenapa tak bagi mommy duduk ni..aiyyo macam-macam la budak ni huhu..bisik hati saya.."why cannot haa?" saya tanya dia..dia geleng-geleng kepala..no cannot cannot....last sekali saya give up pergi la duduk kat meja makan..barula dia tak kacau saya..

ohh rupa-rupanya..okeyy baru faham...

sebab kami suami isteri ajar dia makan minum kat meja makan. HAHA


Anak-anak ibarat kain putih. Kita yang mencorakkan mereka. Mereka copy paste aje hehe

Terima kasih Allah atas anugerah anak-anak kecil ini. :)






Sunday, 24 April 2016

Baby AB (8/4/2016)




Assalamualaikum

harini saya nak memperkenalkan ahli terbaru keluarga kami iaitu Abdul Allah atau orang Melayu selalu eja Abdullah.

harini baby AB da masuk 17 hari. alhamdulillah

saya lahirkan dia pada 38 minggu 4 hari (8 April 2016, Jumaat). haa awal tu. orang kata memang awal kalau bersalin anak kedua. Memang kalau belajar Obstetrics pun memang itula yang ditulis. engagement & effacement in multipara just in few hours :)

Saya lahirkan baby Ab ni kat Pusat Bersalin Berisiko Rendah Hosp Putrajaya

haa haritu macam ragu2..pastu pergi Hosp Putrajaya memang penuh. Ada pesakit tunggu nak bersalin pun kena tunggu dalam labour room. memang tahap kritikal tu tempat menunggu nak bersalin pun penuh.(kalau nak masuk labour room bukaan 6cm ke atas da boleh masuk) Maka dengan tawakal yang tingginya kami suami isteri pergi la ke PBBR ni.
Alhamdulillah Allah permudahkan. doktor masa tu doktor perempuan. sebelum ni saya memang survey da PBBR ni. masa survey haritu pun doktor perempuan jugak.. kalau tak suami saya kata kita kena pecut la ke Hospital Zahrah Bangi atau Islamic Specialist Hospital. hehe

Kat PBBR ni sebenarnya jururawat/bidan terlatih yang sambut. Doktor datang tengok CTG n kalau2 ada emergency je doktor datangla. diorang jururawat semua supportive. emm satu je..diorang tak galakkan guna painkiller. so I gave birth 100% natural birth. memang macam nak mati. memang I ingat nak mati pun waktu tu. alhamdulillah hidup lagi. :D
suami pun ade kat sebelah. support I la kononnye kehkehkeh


Syarat nak bersalin kat PBBR ni adalah: anak ke 2-5 sahaja. anak pertama tak boleh tau
pastu takde komplikasi bersalin sebelum2 ni. kena ada buku rekod kesihatan yang klinik kesihatan punye.. buku pink dari klinik kesihatan memang terperinci, siap ade fetal kick chart dgn cara senaman lagi. I bersalin 10.30 pagi discharge dari ward 6.00 petang lebih. makan nasi pun kat labour room. labour room ade aircond, bersih & memang privasi 5 star. nasi/orange/sayur/ayam blackpepper/air tak ingat air ape.. tapi I tak berani makan ayam. I pantang ayam... Sebelum balik tu ada makan jugak. kuih pau dengan air coklat. nak tau kos dia berapa? haaa I ingatkan dalam RM50 tau..rupa-rupanya...RM13 je RM 13 je..sapu sket cermin laptop ni biar nampak clear.. ya Allah..alhamdulillah save sangat2..kalaula dulu I booking kat Zahrah maunye RM1688-RM2000++ termasuk booking..suami I pun sengih jugak.siap simpan bil RM 13 tu lagi buat kenangan untuk kita lebih bersyukur pada Allah katanya. simpan letak dalam fail kemas2. hehe

Baby AB 3.23kg. panjang 50cm. Apgar score 9/10 je (sbb mula2 nangis pastu dia diam kejap. pastu nangis balik . nurse pun terus hantar ke bilik untuk keluarkan lendir2 ke ape, lap-lap..) 

jeng jeng jeng





Moga Abdul Allah jadi orang soleh dan baik2. itu je harapan mommy


My Precious AR and AB






cheezy bowl ni sedap sangat. keju cheddar+ayam rebus+macaroni (elbow)
utk mommy: Mashed Potato 

hari ke 14 ni. Lost weight about 11kg . 66kg last day pregnancy. now 55kg. original weight 48kg T_T~



visit my Instagram: sarramood_shop


thank you for reading :))

click to donate=)